split second ♥

Kura-kura wa Arnab Islamic version.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehemm. Saya yakin kawan-kawan saya semua baik-baik.

Tutup aurat atau tidak. Playboy atau warak. Harapnya ada sekelumit niat ingin berubah pada kebaikan. InsyaAllah.

Apa kaitan perubahan dengan kura2 wa arnab wahai jumi?

Ihiks.

Baik adik2 yang kak jumi kasihi. Duduk diam2. Kak Jumi nak bercerita. Nah cekelat sorang satu.
Mood bakal umi/pendidik generasi muslim turn on! ^_^

Hijrah ni berlaku bila dapat hidayah bukan? Hidayah itu milik Allah. Tahu kan? So yakin!

Allah akan bagi hidayah pada hambaNya yang mencari dan ada juga yang akan terima tanpa dicari tapi baru je berniat. Haa. Baikkan Allah.

Jadi selalunya yang mencari hidayah Allah ni. Akan perlahan2 berjalan ibarat kura2 ni tadi. Dia berubah ikut step.

Maksudnya slow2. Allah beri hidayah jika Dia kehendaki. Namun Allah tak kejam. Jika kita ikhlas mencari. Pasti diberi. Percaya dan husnuzonlah pada pencipta kita.

Allah pandang pada usaha kita. Allah nilai dari kesungguhan kita.

Jadi, same goes dengan kura2 tu. Allah xjadikan kura2 tu berjalan perlahan tanpa sebab. Nampak atau tidak hikmahnya. Allah memberi perlindungan pada kura2 itu dgn hadirnya cengkerang dia yang keras tongtang lagi bermutu.

Kenapa bermutu? Sebab. Percayala. Kalau dicampak sekuat mana sekalipun cengkerang tu. Ia takkan pecah. Kerana Allah menciptakan cengkerang itu terbaik buat dia. Untuk berteduh dan berlindung sepanjang pjalanan.

Dalam kisah kura2 dan arnab ni. Seperti yang adik2 tahu. Ceewaah. Arnab sangat belagak sombong riak takabbur. Haaa. Memang dia laju memang dia hebat. Tapi dia lupa siapa yang izinkan dia menjadi sebegitu kuat.

Kura2 pula. Telan je setiap kata cacian maki hamun sumpah seranah arnab. Dengan berserah sambil menanam semangat dan cita2 yg tinggi untuk menang. Walaupun jika difikir logik. Mustahil.

Now here comes the point.
*Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.

Arnab tetap dengan kesombongan. Kura2 terus dgn kesungguhan. Perlumbaan pun bermula. Yeee arnab mendahului. Jauhhhh. Hmm.

Second point.
*Bagi yang lupa, mereka akan leka dgn nikmat sementara.

Kura2 yg ketinggalan jauh tetap berusaha sedaya yg mampu dgn maksimum speed 10km/h. Gelak? We'll see. Peluh usahanya memercik2 dalam setiap langkah yang dia ambil.

Point ketiga
*Allah tidak akan selamanya mencampak duri tanpa penghujungnya ada mawar yg mewangi.

Sampai satu tempat. Ada pokok yg rendang. Arnab pun yakin yang kura2 pasti sangat jauh ktinggalan. Dia berhenti untuk beristirehat. Bawak kluar snek. Kunyah2 carrot. Siap buat carrot jus lg. Haha. *ajinamoto sikit* lepas sedap bdn. Kenyang plus penat arnab tetidur.

Point seterusnya
*Allah akan menguji setiap hambaNya. Sama ada berupa kesenangan atau kepayahan.

Eeehhhh. Dengan kuasa Allah. Kura2 yang tadinya setiap percikan peluh membawa nikmat. Akhirnyaa sampai di tempat arnab tetidur. Dengan izin Allah juga, arnab tidur mati sampaikan kura2 lalu pun dia xdpt hidu. Derianya Allah matikan disitu. Kerana sikapnya yg meninggi diri pada mulanya tadi.

Kura2 terus berusaha dan istiqamah dgn semangatnya. Tidak mudah senang mahupun bangga dapat melepasi arnab selagi kejayaan bukan miliknya.

Point ke berapa sekarang? Scroll up.
*Jangan mudah berpuas hati dengan kesenangan yang sedikit dan belum pasti.

Akhirnya arnab terjaga dan meneruskan lariannya dengan yakin dan bongkak lagi. Dikiranya kura2 masih dibelakang. Namun apabila tiba di garisan penamat. Penyokong2 semua dah tak ada. Kosong. Hadiah jua hilang. Eh hilang kee?

Dari belakang kura2 menyapa arnab. Dan menepuk bahunya. Lalu berkata. Kejayaan ini sementara buatku. Dan ini jua pengajaran buatmu arnab. Kita ini Allah yang punya. Kuasa kita terletak pada kuasa Allah. Kerana Dia yang Maha Berkuasa.  Jika aku lemah dimata makhluk namun dengan izin Allah aku berjaya memperoleh kejayaan ini. Jika engkau hebat dimata makhluk namun dengan izin Allah jua engkau bisa kalah dengan aku yang lemah.

Point terakhir. >loss count<
*Jangan pandang rendah pada yang kecil kerana menganggap kita lebih besar. Kerana bila2 masa saja. Allah bisa menjadikan kita lebih kecil daripada yang kita perkecilkan tadi.

Haa apa macam adik2? Bosan tak akk cerita? *kedengaran bunyi dengkuran dihujung sana* mihmihmih.

Pengajaran sini. Kalau ada yang nak berhijrah. Bantulah. Jangan perlekehkan lagi. Jangan tinggalkan mereka. Jangan marah jika dia mengambil keputusan untuk perlahan2 berubah. Sebab Allah pndg pada usaha dan niat. Kalau betul nak lajukan kayuhan mereka. Jangan tinggalkan mereka terpinga-pinga. Dengan menganggap dia tak selevel dgn kita.

Hello?

Kita dari air yang hina. Semua sama. Jangan anggap diri kita cukup sempurna okay. Ingat. Dari air yang HINA!

Nak lajukan mereka. Harus sentiasa ingatkan mereka pada Allah. Pada keindahan syurga. Dan pada pengorbanan nabi kita.

Kenapa jumi tak cakap ingatkan mereka pada azab pada neraka pada dosa?

Sebab rasulullah dulu berdakwah secara lembut dan sopan. Namun berhikmah. Para sahabat ketika itu tertarik pada islam kerana keindahan dan kemanisan islam itu sendiri.

Jadi apa lagi? Yang celik tu.

Jangan naik ferrari sorang2. Saya suruh laju dan bergaya dengan sistem carpole. Ajak ramai2 naik ferrari.

Yang berkancil tu.

Kalau dah ada niat tu. Jangan putus asa. Terus usaha. InsyaAllah nnt ada lamborghini dtg rumah ajak carpole bersama.

Hikhik. Okay adik2. Bedtime story dah tamat. *pengsan*

Ayuh sama2 berhayunan tangan. Genggam erat2 jgn lepaskan walau seorang pun dari genggaman. Takut nanti Allah tanya.

"Kenapa kamu tidak menyampaikan ilmumu pada saudara seagamamu wahai polan? Sedangkan kamu tahu dia memerlukan."

Nak jawab apa?

Allahurabbi.

Saya tak celik. Ada yang lebih celik. Tapi saya takkan pernah give up untuk terus genggam tangan kalian tanpa ada satu jari pun yang terangkat kerana keletihan. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Aminn

Posted on 0245

3 comments:

:) said...

yeayy! kak jumi buat bedtime story
tapi saya baca waktu pagi boleh kan? ^__^
pengolahan yg baik. tak prnah trfikir nk tukar crita dongeng ni mnjadi sprti ini hihihi
ada bakat mnjadi fatimah syarha junior ;)

Nur Jumiatul Hidayah said...

Ouhhhh inilaaa yee yg bdengkur kat hjung tu smalam masa akk cerita? Ptut comel smcm je dengkurnye. Hihi. Tibe2 je terfikir. Ehh nak sgt jd junior FS tp kna bljr lg. MS la kna bntu ^^ eh nk akan pulak.huhu

Unknown said...

Eh sangat comel bolehhh cerita ni...nice one girl!!keep it up :) moga Allah redha...