split second ♥

Berhati-hati menjaga hati.

Assalamualaikum

Pernah tidak satu masa kita terasa bagai mahu mencabut hati dari diri. Dan ingin membasuh dan mencuci segala kotoran yang ada padanya. Ya Allah. Kalau boleh. Mesti ianya mengambil masa yang berhari-hari untuk menjadikan ia benar-benar berkilat dan bersinar suci bersih. Kotoran degil. Guna Daia pun belum tentu hilang. Apatah lagi vanish.

Kadang kita rasa hati ni berat. Beratnya seolah rasa terbeban dengan sesuatu. Secara tidak langsung wajah kita akan masam mencuka. Minda kita bermain kata. Dan paling bahaya. Syaitan melompat keriangan menjalankan peranannya. Saat itu kita mungkin 90% sudah hampir tersungkur. Dan lupa akan sesuatu. Sesuatu yang sangat penting untuk jiwa dan iman kita.

Allah berfirman,

"Mereka ialah orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram." (Ar-Ra'd:28)

Kita lupa pada Allah. Kita lupa yang kesakitan kita timpa pada kita dengan izin Allah. Untuk menguji kita sejauh mana kita benar-benar bergantung harap padaNya dan menjadikan Rasul sebagai panduan untuk menyelesaikannya untuk mendamaikannya.

Allah tidak seperti manusia. Allah itu Allah. Dia segalaNya. Dia tidak akan membodekmu. Dan Dia tidak perlu membodekmu kerana bukan Dia yang perlukanmu. Kamu yang hakikatnya sangat memerlukan Allah. Manusia ada saja yang hipokrit. Tapi Allah tidak.

Dia timpakan keatasmu beban dengan sebab. Dia timpakan keatasmu kesedihan airmata dengan bersebab. Dia timpakan padamu ujian yang pelbagai dengan 1001 hikmah tersembunyi. Kerana itu sabar itu kunci pada segala kebahagiaan. Untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki, bukan macam beli aiskrim. Bukan macam pilih ikan. Bukan semudah menyarung cincin pada jari.

Malah pada mawar itu ada durinya. Pada madu ada bisanya jika tidak kena. Limau kasturi yang wangi itu jua mampu memedihkan. Inikan pula kebahagiaan? Yang hakiki pulak tu.

Syurga itu lebih mahal dari seisi hasil bumi. Jadi masakan kita tidak perlu bekerja untuk dapatkan sesuatu yang mahal bukan?

Jadi ujian yang paling berat adalah ujian hati. Bkerjalah kita untuk menjaga hati ini. Di hati ini ada iman. Ada taqwa. Ada dorongan nafsu. Ada macam2. Kita perlu bijak menaikkan yang mana perlu dinaikkan. Kita perlu bijak menurunkan dan menghapuskan yang mana yang mampu menjunamkan kita ke lembah yang hina.

Ego. Ia juga ada pada hati. Apabila ditegur. Diberi nasihat. Hati berkata aahh kau siapa? Kau pun sama. Blablabla. Ego bukan? Apabila ego+memberontak+marah+menyampah++++++++

Kalau boleh saya tanya. Sikap siapakah ini?

Moga hati-hati kita harini mampu menggembirakan kita pada hari kemudian.

Sahabat yang Allah cinta, berjihadlah selagi mampu. Berusahalah selagi terdaya. Beri manfaatlah kepada orang sekeliling kita selagi kita masih bernyawa.

Jaga diri. Jaga iman. Jaga HATI. :)

Salam Jumaat.

No comments: