split second ♥

Terakhir

Bila cakap pasal jodoh. Aku mula bermenung. Tahun kedua yang diimpikan opah buatku tak ada. Masih tak wujud. Bayang tak ada. Aku masih begini sama, sendiri. Haha.

Okay al muqaddimah ikut rentak lagu sufian suhaimi sikit.

Ada banyak permulaan yang berlaku dalam hidup kita. Hatta kita sendiri dimulakan. Dan putaran itu biasa, tiada ubah. Kita juga bakalan diakhirkan. Jadi moga yang terakhir buat kita adalah yang baik sahaja. InsyaAllah.

Maka, hisap rokok pun juga dimulakan. Dan pasti ada pengakhiran bukan? Wujudnya cuma dengan adanya kesedaran, bahawa ia membahayakan. Wawweess, macam pantun kan? Haha.

Teringinlah nak bagi pendapat saya as a muslimat, akhowat and angkorwat bila mana nampak lelaki-lelaki yang hisap rokok ni. Yes, saya tahu dan saya percaya, tak semuanya begitu, but well first impression is the key. Kalau first impression orang terhadap kita K.O, chances untuk kita maju berkurang. Kelebihan untuk orang lentok tak ada, melainkan kena usaha. Ye dak? Ke dak? Haa tak pe jawab sendiri.

Take as example masa interview kerja lah. First impression majikan kita yang akan menentukan kerja itu kita dapat atau tak. But yezzz, semua tu rezki Allah. But somehow, this does matter the most.

Bila nampak orang yang hisap rokok ni, saya nampak orang tu langsung tak bertanggungjawab.

Hey, I'm behind you okay. And asap you tu bukan nya kedepan atau masuk lubang hidung you sorang, dia masuk kat lobang hidong pujaan hatiko. Haa.

Second, saya tahu tak semestinya yg hisap rokok ni orang jahat, TAK. tapi saya tetap rasa mereka ini seperti orang jahat. First impression k, this means without me knowing you at first. So take note. Kasi hade baik-baik deh? ;)

But this impression pun terbentuk sebab mindset. Dari sekolah rendoh kalau tulis karangan pasal budak yang ada masalah sosial, mesti ada rokok. So, maybe ni silap saya, sebab terbentuk dgn permikiran lagu ni. I can change my mindset, only lepas point 1 saya awak pedulikan dulu. BE RESPONSIBLE.

Dulu ada dengar, ada tanya.

"Kenapa hisap rokok eh? Kan tak baik."

haha, santunnya soalan. Masa ni sekolah lagi. zaman-zaman high school musical ni lah zaman masing-masing nak cuba buat benda acah-acah kewl. But maynnn, you know it ain't kewwlll maynnn. Jawab mereka, as mentioned, to look cool.

Ouh brader, yg dicucuh rokok itu saja sendiri sudah api. Dok tahu pulop ambe api tu cool. Ahakz, mungkin ambee yg kolot tahap opocot tergelencot.

Saya bagi dua ni jelah ye. Karang nak list down semua, penoh pulak negativiti yang kome serap. And that is not ma point yaollz.

Be mindful, that this body that we live in is for Him, Allah. Jangan buat yang bukan-bukan dengan benda yang Allah akan minta balik. Kita pinjaman dunia.

Its not that tak ada benda berpaekdah lain yang kita boleh buat pada tubuh kita kan? Smoking is like you committing suicide, but it damages slowly your body system. It ain't cool maynnn. Again, it ain't cool.

Kata nak kawen, janji sehidup semati, setia menanti, cinta ikhlas pakai hati, tapi masakan sebelum nikah udah tempah keranda keren untuk diri sendiri agar pergi lebih laju? Nanti nak biar anak isteri sedih ke? Gembira sat-sat je. Janganlah... saya yg sedih ni.

Memandangkan Ramadhan dah tiba. Let's make this month to START a better habit, which is to STOP / QUIT smoking.

Percayalah, ramai yang akan mendokongmu. Kamu tidak sendiri.

Semoga satu ketika bila kita kembali menghadap Ilahi, tubuh kita dalam sebaik-baik kondisi, dan tidak musnah/rosak/kotor keseluruhannya dek kerana perbuatan kita sendiri.

Do not demand for the change.
Be the change.

Saya Nur Jumiatul Hidayah Binti Mohd Roslim sokong kempen berhenti merokok Ramadhan ini. (Suka-suka cipta kempen sendiri haha)

The sunnah the better. InsyaAllah.

No comments: