split second ♥

Ramadhan Tiga Masih Cinta

Alhamdulillah hirabbil 'alamin wassolatu wassalamu 'alaa asyrafil anbiyaa walmursalin wa'alaa aalihi wahsahbihi ajma'in.

Segala puji bagi Allah yang memerintah dan mentadbir sekalian alam. Menjadikan kita bernafas dan masih dipinjamkan nyawa buat kita berkhidmat di dunia. Masih diberi kesempatan buat menghirup udara Ramadhan yang mulia.

Tidak dijadikan rezki setiap hamba itu sama. Walau kadang ada yang terlihat sama, tapi percayalah jerih dan payah yang dilalui berbeza-beza. Tidak mudah untuk dikecapi nikmat kaya raya. Tapi takperlu minta Allah tetap jua bagi nikmat sihat dan masih berdaya.

Bukankah itu juga salah satu asbab, seseorang mengecapi kaya harta. Cuma ramai yang leka, dan cuma melihat sendiri yang mengusaha sekerasnya sampai tahap boleh dilambung-lambung duit ia ke udara.

Lupa lagi kita, bahawa tenaga kita yang kita guna untuk berusaha, dari Allah jua. Bukankah itu bukti Allah masih peduli kita walaupun kita sebagai hamba dah cecah tahap lupa?

Manusia dan lupa merupakan sahabat paling akrab. Bukan mudah untuk buang lupa, kalau taknak lupa pun lupa jugak yang kita tak nak lupa. Haa complicated? Yes, itulah kita.

Rumit bukan sekadar rumit yang biasa andai dalam hati-hati kita ada keinginan untuk memandang segala kerumitan dengan cinta. Sedang cinta itupun rumit. Sebab itulah segala yang berawal dengan cinta, rumit itu akan seolah menjadi perkara biasa. Malah dinantikan sentiasa. Sebab apa? Sebab tahu bahawa rumit menyimpankan beribu hikmah yang rahsia.

Lensa kamera juga begitu.

Lensa itu bisa membohongi satu dunia. Siapa tahu disebalik senyuman yang tergambar, ada hati yang menangis didalamnya. Siapa tahu yang menangis, hakikatnya mendusta meraih-raih simpati untuk kepentingan peribadi. Namun lensa ini menyimpan beribu hikmah dimana, untuk melihat senyuman itu mudah, tapi untuk menyelami kesedihan orang yang melaluinya itu payah. (Kaitkan dengan kehidupan)

Sebaik-baik yang memahami kisah disebaliknya adalah pemegang lensa itu sendiri.

Allah melihat segala apa yang kita zahirkan pada dunia dan yang juga kita sembunyikan dari manusia.

Maka istilah sembunyi itu tiada sebagai hamba yang mengakui punya Pencipta yakni Allah Yang Esa.

Dahi kita ini merindu cecahan yang lama.
Hati kita ini merindu rintihan seorang hamba.
Mata kita ini merindu kebasahan tangisan dosa.

Cuma masih terkadang kita masih mempersoalkan "kau mahu apa sebenarnya?!"

Dan masih jauh lari dari jalan yang sepatutnya.

Sedang jawapannya cuma satu, dan terpaling dekat dengan kita.

Allah Maha Cinta.

Njhmr_
Lapanenam/16
Ramadhantiga1437

No comments: