split second ♥

Doa

Perbetul cara kita berdoa.
Caranya bagaimana, adabnya, semuanya.
Bahasanya bagaimana?

Dulu masa nak PMR doa saya terang-terang minta dekat Allah.

Allah, kurniakan aku 8A dalam PMR nanti.

Waktu itu saya betul-betul mengharapkan 8A.
Saya usaha juga tak main-main rasanya.
Sampai abang kata ke umi, ni kalau tak dapat 8A ni taktahulah.

Akhirnya 8A kah saya?

Tidak. Dan saat itu kecewa saya bagai dunia ini bukan lagi tempat saya. Satu subjek je saya xdapat A, subjek agama pula tu.

Subjek yang setiap exam saya dapat A.

Tapi, iya, subjek itu yang saya xdapat A akhirnya.
Saya menangis, saya rundum entah untuk berapa lama. Saya dah tak ingat.
Umi ayah sedih tengok saya, saya sedih takdapat banggakan kedua umi ayah saya masa itu.
Sampai dihantar kembali utk semak semula, sebab ayah sedih tgok saya, dan saya sungguh boleh jwb exam tu.

tapi, pulang balik? Sama. Tetap sama.

Sampai satu titik masa. Saya sedar silap saya dimana. Agama saya, keyakinan saya pada keputusan Allah itu yang main-main. Doa pun pakai aku, walhal bila dgn manusia xpakai aku sebab rasa kasar.

Saya mula tunduk sendiri. Salah saya sendiri.

Kemudian. Salah saya juga lagi sebab mahukan kejayaan dunia semata. 8A untuk apa saya minta? Tak ada. sepatutnya saya minta 8A dengan redhaNya jua. Bukan minta kurniakan 8A semata.

Maka disitu proses seorang Jumiatul bermula. Itulah titiknya. Saya mula tolak ketepi nilai-nilai yang menjadi kebanggaan buat orang-orang di dunia. Saya cuma minta.

Allah berikan pada saya dan keluarga akan apa yang Engkau redha sahaja buat dunia dan akhirat kami.

Kemudiannya SPM saya tak seberapa. Tapi sy langsung tak sedih masyaAllah. Saya bersyukur sangat. Sebab waktu itu saya yakin, inilah yang diredhaiNya saya redha, saya terima. Saya yg takpernah-pernah sujud syukur, masa itu nikmat rasa bersyukur itu full.

Rabbi.

Kemudiannya, aturan Allah untuk saya cantik. Hikmahnya kian terlihat. Dan saya menanti dan masih menanti redhaNya yg mendatang.

Doakan kami! Doakan ummah.

Doa bukanlah perkara main-main bagi yang bersungguh-sungguh.
Namun doa juga bukan boleh diminta dan dibaca main-main.
Meski doa penerang hati sahaja yang kita tahu masa itu,
Kalau dibaca dengan sepenuh maksud dan keikhlasan,
Boleh jadi Allah akan bagi lebih daripada hati yang diterangi.

Kuasa doa ini, luarbiasa. DidikanNya jua begitu, buat setiap hambaNya berbeza-beza.

Njhmr_
Sepuluhenam/16
SahurRamadhanLima1437

No comments: