split second ♥

Ramadhan Tiba

Asal masuk ramadhan, mula lah si badut merah kuning (BMK) tu buat iklan. Macam-macam makanan lah yang seolah menyelerakan disajikan di depan kotak hitam. Sekarang bukan setakat kotak hitam gedabaak besar tu je, ni yang sekeping 4segi bermuda ni lagi bahaya. Ouh yannaw what i meannnn.
Dah tahu ramadhan orang semua pakat tak makan tak minum. Time tu jugak bukan main iklan dia sos basah meleleh keluar dari burger. Bukan apa, tengoklah nanti, semeriah apa dan bagaimana iklan tu di televisyen, semeriah itu juga mereka sengsarakan saudara kita di sana (baca : Palestine, Syria etc)

"Come onn, kau jangan buat mulut, buat cerita BMK halal lah. *sambil kerut dahi menahan amarah*"

Guyss, guyss. Cop eh cop. Siapa cakap BMK haram? Meh sini meh kita duduk lutut bertemu lutut, mata bertentang mata dulu meh. Izinkan saya menyentuh hatimu dengan ilmu Why Boycott?

Why Boycott? Why Why Why...

Kita boycott bukan sebab makanan tu haraam. Sama sekali tidak. Kalau BMK haraam. Takkan nya kerajaan Malaysia nak bagi masuk franchise BMK di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ye dokk?
Cerita dia gini. Boycott bukan benda jahat pun if you read it as a good thing. If you are educated by people around you that boycott is a positive thing, then, you won't read the word boycott dengan nada hasad dan dengki dendam kesumat. Fuuhh.
Kalau kita nampak boycott as if menjatuhkan orang.

"eh, asal kau boycott sehh? Kau tutup periuk nasi orang kot, kejam gila."

Then, kita akan terus nampak boycott as a tutup periuk nasi punya version. But ifff, the situation goes like this

"saya cuma tak mampu nak telan foods from a company that contributes to the bombing and killing my family dekat sana. tak guna saya tahajjud hentak-hentak dahi atas tikar sejadah setiap satu pertiga malam untuk mereka, tapi di siang hari saya mentekak darah dengan makanan mewah apatah makanan yg HQ nya menyumbang kepada penderitaan mereka."

There and then, kita akan baca boycott as a sense of humanity.

Kita susah nak faham, kita susah nak hadam. Sebab apa? Sebab kita tak hadap. Tanpa sesuap nasi setiap malam, tanpa tidur setiap malam, dengan gelisah setiap hari, dengan kehilangan setiap pagi. Kita tak ada dimana mereka berada, baik negara, baik situasi, baik dalam keadaan kegelisahan hati. Yang kita biasa, dekat sini, bising membebel-bebel hentam sana hentam sini, tapi kemajuan untuk diri? Hmmmmppphh. Tengok diri sendiri. Budaya kita terlalu sarat dengan negativiti. Terlalu sempit dengan itu ini yang sedikit tak memanfaatkan masa depan, apatah lagi ummah.

Ye, dalam masa ramai yang begini. Ramai juga yang tak jauh hebatnya dalam berusaha. Buruk-buruk budaya kita, masih ada tergolong orang-orang baiknya. Kita boleh ubah, ye kita boleh ubah takdir dengan usaha kita. Tapi, again, kita usaha macam mana pun at the end, penentu kita Allah Yang Esa. Dia dah berjanji, bahawa dunia ini ada tamat tempohnya, ada kelibut zamannya. Maka bagaimanapun kita berusaha mengelak dan menghalang, yang telah dijanjikan akan tetap berlaku dan terlaksana cuma kita tak tahu bila. Sebaik-baik hambaa adalah dengan kita terus istiqamah berdoa pada-Nya agar kita dijaga, dilindungi Dia dari fitnah yang menghancurkan.

Terpulang kamu, terpulang aku,
Kita ada pendirian dan hak masing-masing dalam membuat segala keputusan. Cuma mahu ingatkan SATU

Andai boycott tidak menjadi mahumu, jangan halangi yang lain untuk tidak menuruti pendirianmu itu. Bagaimana mereka tidak menembak mengganggu kunyahanmu bagi setiap suapan di BMK, begitu juga kamu tidak patut menjatuhkan boycott mereka dengan setiap tadahan katamu yang menyebalkan.

Bagaimana boycottmu?

Salam Ramadhan InsyaAllah. Semoga Allah sampaikan kita pada bulan mulia ini. Dibawah saya selitkan cara menyumbang, semoga every penny worth every sweat untuk menggapai redha Ilahi.

Lets Donate
AMAN PALESTIN
Taip PALESTIN RM10/5/3/1 hantar ke 39111
SYRIACAREMY
CIMB 8601 8945 60
Maybank 5621 0665 3575
RHB 2622 5000 0217

Ma'assalamah.

Ps : semua ini monolog dalaman ikhlas sendiri utk diri sendiri masa ternampak iklan BMK tadi, cuma rasa nak menulis maka sy semadikan disini. Semoga walau tak dapat banyak harap ada sedikit manfaat yg diperolehi. InsyaAllah.

No comments: