split second ♥

Antara Dua

Di usia remaja kita sering tersekat antara dua,
Baiknya jika kita terlantar pada ruang permikiran yang benar,
Malangnya jika kita terperangkap dalam jurang yang menjerat.

Pada ketika ramai remaja memilih gelak tawa,
Masih ada yang menangis menahan hawa.
Dunia dijadikan tempat bersenda bercengkarama,
Ada pula yang meletakkan dunia sebagai penjara.

Detik dan waktu tidak sama buat semua,
Ada hamba yang Allah pinjamkan dunia lama buatnya,
Ramai juga yang Allah pinjamkan sementara cuma.

Berliku jalan didunia,
Membuatkan seolah terasa lama.
Tapi hakikatnya ia cuma seketika.
Kita pengembara, kita peronta.

Meronta pada mahu dibebaskan dari cengkaman dunia atau sebaliknya.

Semoga segala yang terbit dan segala yang ada adalah yang terbaik dan terdakap dalam redhaNya semata.

Njhmr_
Empatenam/16

Ps: Dah setahun lebih ziqah pergi. Jumi rindukan ziqah. Kelak moga kita berjumpa disana. Mohon agar tempatnya syurga kita bersua. Al Fatihah. Aziqah Samad. :'(

No comments: