split second ♥

Cinta Campus : Kenali Jalan Mencari Tuhan

Manusia mana tak lepas cakap soal hati, soal cinta?
Kata orang tu perkara biasa. Tapi yang terkenal untuk mempersembahkan tajuk cinta dan hati ni, mungkin hebat dan selayaknya diberi pada pihak muslimat lah.
Sebab, jiwa mereka lembut, dan sensitif juga peka.

Tajuk nampak macam menarik tapi tidak sperti itu mungkin.

-

Kita sering melihat bagaimana awan bertindak bila Allah turunkan hujan.

Kita selalu melihat bagaimana pokok bergoyang bila Allah tiupkan angin.

Kita perhati selalu bagaimana matahari membiaskan cahaya berserta habanya bila Allah hendakkan kemarau.

Hebat bukan?

Maha Hebat Allah, Tuhan sekalian alam.

Sekecil-kecil kebiasaan yang kita lihat setiap hari. Yang bilamana kalau diulang makan lauk yang sama selama seminggu pasti jemu. Inikan pula cuaca² yang sering kita rungutkan.

Udah diberi panas,
Dikatanya terik,
Mintalah hujan,
Sudah diberi hujan dikatanya lembap,
Tak kering baju,
Sudah diberi angin,
Dikatanya sejuk menyucuk tulang,
Kain tertiup,
Tudung kemek,
Purdah terflip dan macam-macam.

Persoalan,

Mana syukurnya kita pada sekecil-kecil perkara kebiasaan?

3 'ain yang mustahak untuk hidup,
Untuk didunia sekarang,
Dan juga disana kemudian iaitu

'Alam, 'Ilmu, 'Amal.

Lihat bagaimana Allah menyalurkan cintaNya. Bukankah hebat?

Melalui 'alam, kita tadabbur.

Apabila timbulnya soalan, maka bermulalah sesi mendapat 'ilmu apabila ia ditanyakan dan mendapat jawapan.

Melalui 'ilmu yang kita dapat, walau seringan-ringan debu diatas alquran kita tu, berilah manfaat pada manusia lain, dengan ber'amal.

Jadi apa kaitannya cuaca, dan 3'ain diatas dengan tajuk?

Cinta Kampus : Kenali Jalan Mencari Tuhan

Perasan atau tidakkah kita, jika semakin dipupuk rasa bersyukur dalam diri, kita lebih menyayangi Tuhan kita?

Mungkin kita perasan, tapi sangat "jarang" ingat untuk kita buat. Moga, Allah kuatkan kita untuk sentiasa beringat.

Perasan tak akan wujudnya perasaan cinta dunia, bila kita hanya pandang pada zahirnya sesuatu itu tanpa memikirkan apa hikmah dan kepentingan Allah menghadirkan dan menciptakan sesuatu itu?

Kita pandang alam, nampak biasa nampak kosong. Sebab kita hanya akan hargai sesuatu bila ia tiada, dan kepentingannya baru dirasai bila ia hilang.

Sulit bukan?

*geleng kepala untuk diri sendiri*

Bagaimana lagi untuk kenali jalan mencari tuhan.

Berjalanlah. Berjalanlah. Itu jalannya.

Hatta kau pusing kampus kau sahaja. Andai itulah terdaya mampu untuk mencari cinta Tuhanmu, maka khatamkanlah kampusmu, agar dapat diberi manfaatnya.

-

Fasa Universiti, memang fasa mencari cinta. Namun terpulang pada kita, bagaimana kita seimbangkan perasaan-nafsu dan perasaan-iman agar cinta yang kita peroleh dan cari, tidak yang sia-sia dan buang masa.

Sama macam bila CR timbang bola, mesti fokus, matlamat apa? Nak timbang paling lama dan paling banyak.

Sama juga macam cinta, kena fokus, matlamat cari cinta untuk apa? Nak kutip cinta yang berkualiti, yang paling banyak isi cintanya dan bertahan lama.

InsyaAllah.

Hai, tulang rusuk bergetar ke saat membaca post cinta?

Mungkin tulangmu itu pelesu. ✌Hehe.

No comments: