split second ♥

Hijabku lambang ketaatan.

Bukan kau tak tahu,
Kau pura-pura tidak tahu.

Bukannya kau tak mahu,
Cuma kau malu.

Kau risaukan bicara,
Kau risaukan manusia;
Tapi kau lupa,
Kau nafi perintah siapa?

Siapa yang mencipta kau?
Dia jugalah Pencipta rambut kau yang beralun itu;
Tapi apa kau peduli kehendakNya yang satu itu?

Kau solat,
Kau puasa,
Kau ibadat,
Sama macam semua,

Tapi pernah kau fikir,
Kau kecewakan siapa?

--

Dia Tuhan kau yang Agong,
Dia Tuhan kau yang Penyayang;

Kau tolak Dia,
Dia sesekali tidak pernah menolak kau,
Yang hakikatnya layak untuk ditolak.

Tapi Tuhan kau yang kau lupa,
Tuhan kau yang kau nafi perintahNya,
Tetap terus-terus bagi kau bahagia,

Cuma satu kehendakNya ke atas kita Hawa,

Tutuplah aurat, maka kau akan terjaga.

--

Benar,
Hijab,
Melambangkan,
Ketaatan seorang Hawa
Yang belum tentu masuknya syurga,
Tapi punya usaha menjaga taatnya pada Pecinta Yang Setia.

*

Nur Jumiatul Hidayah Binti Mohd Roslim.
20 tahun.

No comments: