split second ♥

Cinta Fillah. Cinta Jannah.

Assalamualaikum. Sahabat yang Allah cinta kasih dan moga Allah berkati hidup kalian yang membaca dan keluarga.

Ketahuilah. Sekarang saya sangat rindu akan Allah.

Saya sangat rindukan kekasihNya dan buah hati kita. Rasulullah.

Lagu "Aku Cinta Allah- wali band" diulang berkali-kali di playlist saya.

Tanpa saya minta. Tanpa saya sangka. Saya menangis. Air yang suam2 kuku tu mengalir deras ke pipi. Lalu ke telinga. Membasahi dan melembapkan bantal.

Saya menangis mendengar bait lirik lagunya.

Kenapa saya kata saya rindu Allah? Kenapa saya yakin ianya benar? Saya merindui Allah dan RasulNya?

Saat lirik chorus bkumandang.

"Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan xbererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jgn tinggalkn aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah"

Ya Allah. Jika awak yang sedang menangis dengan hanya dengan membaca lirik ini sederap sekali.

Silalah. Peluk saya. Silalah genggam tangan saya. Silalah jangan lepaskan saya. Kerana kita sama. Kita sama. Kita sama. *ukhtisahaja*

Allah. Aku lemah dan tak bererti.

Kita lemah.

Aku rindu Allah.

Kenapa saya yakin saya rindukan Allah dan Rasul? Saya. Saya. Rindukan tanahNya yang dijadikan suci. Ya Allah. Satu-satu menerjah otak saya. Raudhah. Kaabah. Hajrul aswad. Pancuran emas. Hijr ismal. Makam rasulullah. Saya rindu untuk berdoa di luar makam baginda. Saya rindu lantai marmar putih yang pernah dicium dahi milik saya ini yang kotor dan berkulat berdaki ber apa lagi? Ya Allah. Hinanya saya.

Sahabat, saya tiada erti. Saya tiada yang boleh dibanggakan. Diri saya ini juga ada yang membenci. Jadi saya tak layak dipuji. Saya tak layak. Apapun sekali. Saya tak layak.

Jari saya yang sedang menari pada keypad ni pun dengan izin Allah. Sekecil-kecil perkara yang berlaku semuanya dibawah takluk Allah. Tuhan kita yang Satu. Azzawajalla. Segala pujian hanyalah untukNya.

Apa yang kita nak. Allah bagi. Apa yang kita taknak pun Allah bagi. Sampai akhirnya kita perasan. Baru tahu. Bahawa perkara yang kita taknak tulah yang kita betul2 hendakkan. Tapi sahabat, Allah sayangkan kita. Dia mahukan kita sentiasa mengucap rasa syukur. Berdoa penuh harap padaNya. Tidak melupakanNya.

Take a little time untuk berfikir. Kita selalu cari Allah saat bila? Saat diuji kan? Saat kita gembira. Saat kita senang. Kita sering alpa dan leka. Allah jauh lebih mengetahui daripada kita. Sebab tu kita diuji tanpa henti.

"Sungguh ujian itu suatu nikmat bagi mereka yang beriman dan menyedari."

Sahabat, cinta Allah segalanya. Percayalah bahawa cinta Allah itu cukup. Yakinlah sahabat seagama. Sahabatku yang berkongsi kekasih hati yang sama. Kita sebenarnya memerlukan cinta Allah. Baru kita merasa hidup ini puas. Cukup.

Pernah tak kita merasa sangat desperate untuk mengharapkan cinta seseorang? Kerana Apa? Jelas bukan. Allah memperingatkan kita bahawa manusia takkan mampu memberi kita kasih sayang yang cukup seperti mana Allah. Seperti mana ArRahman ArRahim Allah pada kita.

Kenapa kita tak pernah terfikir. Walau sedikitpun.

Kenapa kita sombong?

Kenapa kita melampaui batas ke atas diri kita sendiri? Ya Allah. Kenapa Ayat2 Allah kini sedikit demi sedikit menunjukkan kebenaranNya?

Kenapa kini, ayat Allah sangat jelas dengan sikap kita sekarang?

Kerana kita tidak mengambil pengajaran dari kaum yang terdahulu. Jarang sekali kita peduli.

Sahabatku cinta, sahabatku sayang.

Kita kenal simbol negatif. Kita kenal sifar itu apa cirinya. Tanpa Allah kita ini dipenuhi cas negatif. Semuanya kasar. Semuanya buruk. Kerana segala yang baik dan indah itu milik Allah yang Wahid.

Tanpa Allah. Masakan kita dapat 100%? Masakan kita kenal adanya rating 5bintang? Kita sifar. Kita kosong. Kita zero tanpa Allah. Macam mana awak peroleh 100% itu tanpa izin Allah? Macam mana sesuatu itu dapat rating 5bintang kalau hebatnya ciptaan mereka bukan dari Allah? Benar bukan?

Tapi sayang. Kita jarang sekali bersyukur dan menyedari akan kasih sayang Allah pada kita.

Sahabat. Manusia tidak akan pernah mencukupkan keperluanmu. Tapi Allah akan!

Sahabat. Manusia tidak akan menyayangimu penuh ikhlas penuh setia. Tapi Allah pasti!

Sahabat. Manusia tidak semua akan memimpinmu ke jalan untuk bersenang lenang kelak di syurgaNya bersama. Tapi Allah? Dengan hidayahNya. Kita pasti dipimpin dan dibimbing untuk menyelusuri jalan itu.

Sahabat. Pernahkah sekali kita bersyukur? Jarang sekali kan?

*peluk erat, menangis* (ukhtisahaja)

Kita sama wak. Kita serupa wak. Saya tak cakap saya hebat. Saya tak mengaku saya cukup amal ibadat saya. Saya takkan pernah mengaku saya ahli syurga Allah. Kerana Apa? Saya sendiri belum pasti sama ada amalan ini cukup untuk melayakkan saya kesana.

Tapi Allah tak mengajar kita untuk bercita-cita miskin. Allah takpernah mengajar kita bercita-cita gagal bukan?

Jadi tak salah kan
Nak bercita-cita ukhwah hingga syurga?
Nak bercita-cita cinta fillah hingga Jannah?

Percaya atau tidak. Ini pengalaman saya sendiri.

Dengan rajin mengucap rasa sayang awak fillah. Cinta awak kerana Allah semata. Sahabat syurga. *dengan yang halal* ianya menjadi doa.

Tanpa kita sedar. Hati kita benar2 mudah sayangkan mereka. Mudah nasihatkan mereka. Mereka menangis. Kita jua rasa tangisan itu. Mereka gembira. Kita rasa nak peluk. Kita rindu mereka. Rasa nak pegang genggam jarijemari mereka bila jumpa nanti. Harap taknak berpisah lagi.

Jadi tak salah bercita2 kan?

Sungguh. Setiap ayat dan kata2 saya. Tiada pun niat untuk menunjukkan yang saya sweet.

Awak, jika benar hidup kita untuk Allah. Maka. Mulut mereka tiada yang boleh kita tutup. Maka kata2 mereka tiada yang dihiraukan jika mereka berniat mnjatuhkan semangat Islam kita. Kita hanya akan memikirkan cinta Allah. Pandangan Allah. Pendapat dan kesukaan Allah.

Kejarlah akhirat. Maka dunia akan mengejarmu.

Moga Allah permudahkan segala kesulitan. Tabahkan hati kalian untuk menghadapi setiap dugaan. Moga Allah redha. Salam ukhwahfillahabadanabada. :')

"Aku sayang Allah. Aku rindu Allah. Aku cinta Allah." T.T

*selawat*

4 comments:

yasminrosalan said...

indeed :'> *hug hug*

dariya said...

Subhanallah.

Dia di hatiku dan jua hatimu.
Cinta yang pertama ,utama dan selamanya :)

D-SIM said...

nice entry

Unknown said...

Aku rindu Allah juga :'(