mati, sakratul maut. semua yang hidup, bernyawa, pasti akan merasai mati. bagaimana agaknya kita menghadapi mati ni ye? sakit? takut? perit? Allahuakbar. bila tiba saatnya kita akan tahu, dan hanya kita yang merasainya, tanpa berpeluang untuk menceritakan keadaannya kepada rakan taulan kita. tiada sedikitpun kesempatan untuk kita membantu orang-orang yang kita sayangi untuk hadapi mati. namun, situasi ini tidak patut dipadankan dengan perkataan KEJAM. kejam kerana tiada peluang membantu, tiada peluang meminta maaf tiada peluang untuk bertaubat... namun kasih sayang Allah, Dia masih memberi peluang kepada mereka yang terpilih untuk mengucapkan dua kalimah shahadah.
semasa hidup, Allah terlampau bermurah hati dengan kita. memberi tempoh yang panjang (peluang) untuk kita bersiap sedia menghadapi mati. namun, orang kata "well, Allah tak ambik kot orang muda macam aku jahat pulak tu. mesti bila aku dah baik baru Dia amik aku." confident bin madaen madana je cakap macamtu. haish, sekarang ni banyak je dekat berita accident ; 5 maut, gempa bumi ; 10 nyawa terkorban, tanah runtuh ; hanya 2 terselamat.
awak,
yakin ke yang terkorban tu semua baik-baik? awak, awak, jawablaa ^^
" Allah tidak akan mengambil nyawa seseorang apabila mereka belum sampai ke puncak kehidupan. Iaitu kemuncak kejahatan ataupun kemuncak kebaikan."
tak jelas lagi keadilan Allah disitu? tak nampak lagi? baik, mungkin betulll, kita tak tahu bila tiba masa kita untuk pergi. bila giliran kita untuk menghadap Ilahi. namun, bukankah mengingati mati itu membuktikan kita masih beriman kepadaNya? sekaligus melipatgandakan keimanan kita terhadapNya? maka, tidak pernah sesaat pun kita terfikir soal kembalinya kita kepada mana asalnya kita? tanah.
pernahkah kita terfikir? mampukah aku menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir esok hari? jika benar kita beriman kepadaNya, insyaAllah. tapi, awak tapiii. seandainya tanpa sedar kita telah mensyirikkan Allah, kita termurtadkan diri sendiri. Astaghfirullahal'azim. takut? saya lagila takut. namun Allah itu baik sifatNya. dia menyediakan solat lima waktu sehari semalam itu untuk kita sentiasa pulang ke jalanNya. memberi arah dan petunjukNya ada di situ.
dalam solat ada lima rukun islam :
- Mengucap dua kalimah syahadah - tahiyat awal tahiyat akhir
- Menunaikan solat fardu lima waktu - terang-terang tengah solat kan?? :)
- Berpuasa - dalam solat kita menahan diri dari lapar dahaga dan juga perbuatan kita.
- Membayar zakat (zakat bermaksud suci / bersih) - sebelum solat kita berwudhuk
- Mengerjakan Haji - qiblat kita menghadap Kaabah
kerana itu, solat merupakan tiang agama :)
nampak? hebat kan tuhan kita? hebat kan Allah? SubhanAllah.
jadi patah balik pada point asal (lalu roundabout jap) so, takde alasan apa-apa lah kalau Allah tidak memberi kesempatan dihujung nyawa kita. kerana Dia telah memberi peluang itu sejak kita lahir lagi (baby comel putih gebu tembam)
jika saya pergi di usia muda :
saya risau saya miskin dihadapan Allah. saya risau jika hubungan saya dengan manusia lain tidak baik dan ada yang tak memaafkan salah saya *yang pasti ada*. saya risau kiranya semua yang saya lakukan tidak diterima Dia. saya takut sekiranya saya yang menyebabkan makayah saya terseksa. saya takut semuanya , semuanya saya takut.
ini nasihat kita bersama. mana yang lemah kita perbaiki. namapun manusia. kita memang glamour dengan sifat lemah dan mudah alpa dan terleka.
namun, janganlah kita menghukum seseorang kerana salahnya yang sudah berkurun lamanya berlalu. kerana risau kiranya pengakhiran kita lebih teruk dari dirinya dan dia sempat bertaubat dan mendapat hidayah kerlipan cintaNya. ^^,
p/s : ini untuk saya, untuk saya, untuk saya jugak. untuk saya untuk saya dan untuk kita bersama. maaf andai ada tersalah taip dan ada kenyataan yang salah. maafkan saya (gaya loyer buruk zizan ^^)
jaga diri semua :)
No comments:
Post a Comment