split second ♥

Tiada Batas

Gelap malam bersama angin malam yang dingin membuatkan dia termenung sendiri di balkoni rumahnya. Apakah aku masih mampu mengembalikan senyuman umi ayah ketika mendapat tahu kejayaan abang dahulu? Mampukah aku mewarisi kebijaksanaan itu?

Tiba datang satu suara. "Tu la kauu. Mudah sangat putus asa. Kau selalu pandang rendah pada kebolehan kau sendiri. Kau yang jatuhkan semangat kau sendiri. Bangunlah. Jangan bersedih. Jangan hiraukan suara-suara sumbang yang gemar sekali menghancurkan hidup kau."

Benar juga apa yang dikatakan suara itu. Tetapi dia tetap merasa tidak tenang dengannya. Entah apa yang bermain di fikiran dia. Tanggungjawab yang Allah turunkan untuk mendidik diri supaya amanah dan adil. Tidaklah semudah yang disangka. Segalanya memerlukan kekuatan yang sangat luar biasa. Tambahan lagi dia seorang perempuan yang lemah.

Namun orang luar tidak tahu. Dia dididik dengan ketegasan. Dia diajar oleh ayahnya yang merupakan seorang pegawai tentera ketika itu. Dan uminya pula terkenal dengan sifat garang. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Susah payah umi ayah bukanlah perkara yang didendamkan. Malah itu adalah jasa yang perlu dibalas. Dia mengeluh seraya meminta pada si Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

"ya Allah tunjukkanlah kepadaku jalan yang baik untuk meraih kejayaan yang mampu membanggakan kedua orang tuaku. ya Allah kiranya keputusan itu jualah yang terbaik buat diriku masa depanku dan akhiratku, maka Kau perkenankanlah mengikut kehendakMu ya Allah.  Sesungguhnya aku serahkan segalanya kepadaMu."

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.

Dengan pantas dia berlari menuju ke bilik. Dia terpandangkan jam yang menunjukkan masa sudah lewat malam. Umi sudah nyenyak tidur di bilik bawah. Barangkali sedang bermimpikan kejayaan anaknya. barangkali sahaja. siapa tahu? Wajah dia yang resah tadi dibasahi dengan wudhuk. Dan tubuhnya yang gelisah tadi ditutupi dengan telekung putih yang dipakainya ketika menunaikan umrah 2 tahun yang lalu. Sejadah yang dihamparkan mengingatkan kembali masa di tanah haram. Rindunya dia pada bumi Allah itu. Tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri dan Allah subhanahuwataala.

Kedua-dua telapak tangannya menyentuh sejadah. Dahinya turun diletakkan di atas kain sejadah.
"Ya Allah Aku HambaMu yang Sentiasa memerlukan bantuanMu sepanjang hidupku. Bantulah aku."
Air matanya mengalir. Dosanya terhadap Allah entah sebesar gunung apa agaknya. Berapa agaknya berat dosa itu berbanding dengan kebaikan yang dilakukannya.

Sahaja Aku Taubat Nasuha Lillahitaala. T_T

No comments: