split second ♥

No putus asa ok? :)

Assalamualaikum,

janganlah berputus asa dengan kebaikan, janganlah berputus asa dengan kepayahan untuk berubah. istiqamahlah dalam melakukan kebaikan. jangan putus asa! kita taubat bila diberi peringatan kita menangis bila diberi pengajaran tapi kita lupa yang kita tak pernah menangis bila melihat kawan kita melakukan dosa, bila kawan kita tersesat bilaaa kawan kita tesasar jauh dari landasan yang sepatutnya.

semalam, satu dunia dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di Acheh. ye, Acheh sekali lagi diuji. dan kita yang tidak jauh dari Acheh tak mustahil akan mengalami perkara yang sama. Alhamdulillah, kita cuma merasa tempiasnya. Namun begitu kerana tempias itulah, ada di antara kita yang takut dan mulai sedar. Alhamdulillah.

Mengikut apa yang saya dengar, timeline facebook dan twitter memang penuh dengan isu ini semalam. tepat jam 4.38petang 11 april 2012 kita dikejutkan dengan goncangan yang halus. cukup halus, tapi cukup untuk menggerunkan kita yang penuh dengan dosa.

Itulah dia. sekiranya perkara itu dikehendaki Allah untuk berlaku maka berlakulah ia seperti dikehendakiNya, tidaklah ia berlaku sedikit awal mahupun sedikit lewat. kunfayakun. kun-jadilah, fayakun-maka jadilah.

saya teringat abang saya pernah cakap yang gempa ni (merujuk pada peristiwa Disember 2006 yg lalu) "itu baru Allah sentuh sikit je bumi kita, bukan hentak! tapi hanya satu sentuhan, mampu menghancurkan isi-isi bumi." ya Allah, tak ada yang perlu diragui lagi, Dia Tuhan sekalian alam yang Maha Berkuasa.


“Huwalladzi khalaqa al-samawat wa al-ardh fi sittati ayyamin.”

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam waktu enam hari.” (Qs. Hud [11]:7)


jangan tunggu Allah pindahkan dugaan bumi Acheh kepada negara kita baru kita nak sedar. janganlah kita tangguh-tangguhkan niat murni kita, taubat nasuha padaNya. kita perlu bersyukur dan sedar, meskipun negara kita dikelilingi negara yang beperang, negara yang mempunyai gunung berapi, negara yang sering mengalami gempa, Allah tetap melindungi kita. sayangnya Dia pada kita, sayang kita padaNya? 


benar kita manusia, tak pernah lari dari sifat lupa dan leka. tapi Dia sentiasa ada bersama kita. jadi mintaklah agar kita semua dilindungi dan dijauhi dari segala malapetaka dan bencana serta perkara-perkara yang akan menimbulkan kemurkaanNya terhadap kita. Amin.



7 comments:

amlnafrhn said...

okay sokong entri ni (:


reply daripada blog akak. hehe tak la, aboh akak tu abah betul akak lah (:

Nur Jumiatul Hidayah said...

:) tq kak ama :)

D-SIM said...

amin.

kat sogo hari rabu tu tak rasa pun gegarannya~

Nur Jumiatul Hidayah said...

kukuh ye nampaknya bangunan sogo tu :P

amlnafrhn said...

Hihi reply dekat sini lg.

yup2 kacukan (:

Liselle MonCherie said...

Salam adikku Jumi!!!!! Huhu
Haritu goncang jgak manjung!
Hehe Akak tak perasan shoutbox kdg2 sempat taip entry je,x sempat sesi bejalan-jalan blog! Huhu I love your new blogger concept :).Semoga SPM Jumi Cemerlang SPM 9 A++ :D

Nur Jumiatul Hidayah said...

thanks kak.
aminnn :))