split second ♥

subjektif

assalamualaikum.

entry ni tiada capslock yang akan digunakan. kerana terlampau kecewa, biar saya tunjukkan rasa kerdil saya di blog ini. meskipun realitinya saya tinggi melampai macam model antarabangsa, tapi disini hari ini, buat entry kali ini, saya nak kuburkan sebentar rasa riak di hati rasa bangga didada dan rasa bertuah di minda. biarkan rasa kecewa saya dedahkan disini sehabisbaik mungkin.

paras rupa seseorang itu perkara yang sangat subjektif. paras rupa yang cantik tidak bermakna perilakunya pun molek meskipun mereka yang cantik perilakunya, pasti kelihatan sungguh anggun wajahnya. yup! perilaku seseorang memainkan peranan domino disini. maaf, saya malas nak backspace, *dominant*.

pernah anda melihat wanita yang cantik tanpa sebarang cacat cela dimukanya, halus kulitnya licin bagaikan batu sungai mengumpat? saya pasti pernah. tapi anda pernah terdengar juga kan, wanita yang memelihara jerawat batu dimukanya menceritakan kebaikan orang lain dihadapan orang lain walaupun orang tu dah kutuk maki hamun dia macam-macam. pernah kan? ya allah, sungguh mulia hatinya, bersih jiwanya.

kenapa jadi macam tu ye? kerana hatinya yang cantik, Allah beri kekurangan pada wajahnya kerana Allah tidak mahu sembarangan orang memiliki hatinya. biarlah hatinya yang bersih itu menjadi dambaan dan kesayangan bagi mereka yang menghargainya. dan sudah semestinya pemilik hati mulia itu milik mereka yang mempunyai hati yang juga sama cantik sama padan.

belambak je dekat aeon tu, lelaki handsome pasangannya pulak biasa-biasa je dan vice versa. kita yang cantik ni berkata dalam hati. ya allah aku lagi cantik daripada perempuan tu, mesti boleh dapat yang lagi handsome. allahuakbar, bongkaknya hati. hanya satu mesejnya disini, "kenali hatinya dahulu, maka anda akan kenal kecantikan sebenar dia."

bagi pasangan yang sama cantik sama padan tu pulak. itu dikira bonus allah bagi. sebab kebetulan dia memiliki sikap yang sama dengan kita, dan dialah puzzle kita yang kita cari selama ni. jangan terlampau bangga, sebab bila-bila masa saja allah boleh tarik nikmat tu.

jadi kesimpulannya disini. kecantikan paras rupa dan kulit melulit seseorang adalah pekara yang subjektif. kita xtau siapa jodoh kita. mungkin selama kita bercinta exboyfriend kita semua handsome-handsome, tapi itu tak menjaminkan suami awak juga handsome orangnya. jodoh itu kerja allah. semuanya sudah tertulis di luh mahfuz. kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik-baik. amin.

ingat! kecantikan seseorang tidak dinilai di akhirat kelak. yang dinilai adalah keimanan dan ketakwaan seseorang yang ada dalam hati seseorang. :)

p/s : selamat menduduki midyear exam kawan-kawan. semoga kita semua meraih kejayaan yang diinginkan :') aminn.

No comments: