split second ♥

Seketika Cuma

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia sering persoalkan
Kenapa begini? Kenapa begitu?
Tidak bolehkah kita bersyukur dengan pemberianNya itu?

Manusia sering menangis pilu.
Kerana dugaan yang datang membisu.
Tiada amaran.
Yang ada cuma hati yang hiba dan terkesan.
Lalu diri terpempan.
Terduduk
Terkejut
Terpaku
Dan mempersoalkan;

Ya Allah, kenapa?

Manusia mencipta pelbagai alasan untuk kepuasan.
Melupakan batasan untuk hasil luaran dan dalaman.

Mereka lupa bahawa alasan itu beban.
Kelupaan yang sengaja itu seksaan.

Mengabaikan hukum hakiki yang diberi oleh Dia ya Ilahi.

Mereka kira mereka siapa?
Melawan
Menentang
Menyahkan
Perintah Tuhan?

Kata mereka;

"Bukan itu yang aku maksudkan! Yang aku maksudkan kamu si pemberi teguran, seolah dirimu diangkat tinggi oleh Tuhan tiada salah sempurna tanpa ujian tanpa beban!"

Keras benar hati kita wahai hambaNya yang sedikit terleka.
Kita menolak teguran.
Kerana kita membaca dalam nada penuh kekasaran dan kebencian.

Walhal teguran yang cuba disampaikan penuh kelembutan lagi penuh rasa kehambaan.

Kenapa wahai kenapa manusia sering terlupa?

Kenapa wahai kenapa manusia sering terleka?

Kenapa wahai kenapa manusia mengabaikan semua?

Kerana kehidupan ini dianggap seketika cuma.

Namun ingin dimanfaatkannya untuk bergembira sepanjang usia yang ada.

Adakah itu matlamat sebenar kita dilahirkan ke dunia?

Adakah kita ini tiada penciptanya yang punya Hak untuk disembah disanjung dan dicinta?

Kita kira kita siapa untuk melupakan Dia?

Sedangkan Dialah yang mengizinkan kita untuk memijak bumi ini milikNya!

Jadi adakah benar kita mahu terleka dengan bergembira hanya kerana hal dunia?

Sedangkan hidup ini hanya untuk seketika cuma.

Waktunya untuk kita hamba, sujud padaNya pencipta kita.

Hanya seketika cuma kita di dunia.

Tapi kita kelak bakal hidup selamanya disana.

Sama ada neraka mahupun syurga?

Pilihan itu ada pada kita duhai manusia pelupa penuh hina.

Akal yang dikurnia jangan dipersia.

Kelak kita yang rugi tiada daya berkata.

Kecuali satu perkara.

"Ya Allah, kembalikanlah kami ke dunia untuk kami bersujud kepadaMu. Sungguh kami telah persia-siakan usia kami di dunia kerana kami telah kufur terhadap nikmat-nikmat pemberianMu disana."

Iye! Dunia ini seketika cuma.

Jadi apa usaha kita ?

Moga Allah menggolongkan kita dalam golongan hambaNya yang berbahagia disana.

Ujian ini,
Hanya
Hanya
Hanya............
Seketika cuma.

0147
060413

No comments: