split second ♥

Sekeping Hati Yang Ikhlas Menyintai

Assalamualaikum

"Hidayah zaman hidayah nanti, rasa kesian kita akan membuatkan kita kelihatan bodoh dan mudah diperdaya. Zaman tu nanti kesian manapun hidayah dengan orang, jangan jatuhkan ego itu untuk membantu, bahaya."

Umi sambung lagi

"...masa tu nanti, dalam hati cakap. Ya Allah bukan niatku untuk tidak membantu, sesungguhnya Engkau Tuhanku yang mengetahui setiap sesuatu yang tersirat dan tersurat di hati ini. Hanya Engkau yang mengetahui niatku yang sebenarnya.."

Umi seolah-olah memberi mandat kepadaku.

" Hidayah, nanti pandai-pandai bawa diri. Solat tu jangan tinggal. Kalau kita berani tinggal Allah, kita ni siapa untuk Allah sentiasa berada dengan kita? Jaga hubungan dengan manusia, orang campak taik, anak umi hadiahkan bunga. Nak menangis, takpe. Tapi jangan depan orang, nanti mereka akan anggap kita ni lemah. Bergaul dengan orang yang boleh bantu kita ingatkan Allah. Tak salah bergaul dengan semua, tapi jaga hati tu. jaga iman tu, pastikan ianya kuat untuk menempuh hari-hari mendatang......."

Terasa kuatnya kasih sayang umi.

" Jangan jadi perempuan yang mudah jatuh untuk lelaki! Hidayah kena kuat. Macam mana bombastik pun ayat diorang kat kita, dalam hati mintak Allah lindung kiranya dia berniat tak baik dengan kita, dan niatnya nak tackle kita hanya untuk melaghakan dan membuang masa kita. Tanggungjawab Hidayah banyak lagi, jangan sia-siakan masa dengan benda yang tak memberi jaminan apa-apa............."

Allah, umi. Akan Hidayah pastikan mereka akan berjumpa umi ayah dulu.

" Hidayah, umi ayah bukan selamanya hidup menongkat langit. Sampai masa, umi ayah akan dipanggil. Waktu tu jangan bergaduh dengan abang. Apa-apa hormat abang tu. You guys dua beradik je. Kalau bukan abang cari you, you cari abang. Jangan bermasam muka, jangan buat apa-apa yang boleh memutuskan silaturrahim. Umi taktahu apa yang akan jadi kedepan nanti, tapi kalau ada yang berniat tak baik dengan hidayah dan abang, you kena bersabar. Teguhkan hati terus hubung abang tu. Kalau bukan abang yang hubung hidayah, hidayah lah hubung abang. You guys memang akan berpaling juga sebab tak ada siapa dah yang boleh diharapkan lagi masa tu selain daripada adik beradik kita......"

Beruntunglah anda jika mempunyai ramai beradik. Hargai mereka, hormati mereka. Anda memiliki banyak pilihan dan arah tujuan untuk mengadu.

".......nanti tiba satu masa hidayah pun akan jadi isteri orang. Didik anak tu dari kecik lagi. Nanti dah besar susah dah nak bentuk. Jangan manjakan tak bertempat, pukul kalau perlu tapi niatkan dalam hati untuk jadikan dia insan yang berguna, bukan pukul sebab geram atau marah. Baca al-Quran tu jangan lupa. Setiap ayat yang kita baca, Allah sentiasa ada buat kita....."

Meskipun lambat lagi, tapi hari itu pasti akan tiba. Umi sungguh advance sampaikan air mata ini keluar pada masa yang terlampau awal untuk ianya mengalir.

Setiap saat ibu kita bercakap, jadilah pendengar yang setia. Dengarkan setiap bait kata-katanya untuk kita. Sungguh setiap satunya membawa makna yang tersirat, yang apabila kita fahami dan dalami perasaan ibu kita mereka benar-benar inginkan yang terbaik buat kita. Ibu ayah tidak akan kekal selamanya bersama kita, walhal merekalah orang yang kita cinta dan sayang sepenuh hati kita. Allah pula, sentiasa bersama kita dan tidak pernah sedetik pun Dia tinggalkan kita. Namun, kita jarang sekali mendidik hati untuk mencintaiNya sepenuh hati. Jika Allah menjadi keutamaan, Allah akan jadikan ibu bapa kita keutamaanNya. Apapun, kembali pada Allah jika kita benar-benar menyayangi kedua ibu bapa kita kerana Allah.

" Kalau boleh umi taknak kita bersama didunia je. Umi nak kita semua berkumpul balik bersama dekat Syurga Allah............"

Cinta seorang ibu. Ya Allah tiada nilainya. Itulah bukti kasih sayang Allah pada kita hambaNya, dengan mengurniakan sekeping hati yang mempunyai sifat untuk saling lengkap-melengkapi dan sayang menyayangi.

wallahu'alam.


1 comment:

Anonymous said...

memang.. kasih sayang seorang ibu tiada tandingannya
eh comel pulak gambar the owner tu :) hihi