split second ♥

Niqab

Assalamualaikum.



terima kasih sebab klik pada link ini. saya percaya, dengan tajuk seperti di atas, pasti ada yang buat tak endah buat tak peduli. maksudnya dia tak berminat dengan sehelai kain ini. itu terpulanglah, entry ni tak adalah sampai wajibbulghunnah untuk dibaca. cuma bagi persepsi saya pada anda yang sedang membaca ni, anda hamba Allah yang baik. bukan baik sebab sudi kunjung blog saya, tapi masih suka dengan perkara-perkara yang melibatkan agama ni. jazakallahukhoir.

berniqab ni tidak diwajibkan, malah tidak pula dicegah sama sekali diharamkan pemakaiannya. bagi yang tidak mahu mengenakan niqab di wajah pun tidak pula dipandang serong, kerana anda juga tidak salah kerana tidak memilih untuk berniqab. cumanya pastikan anda, kita terutamanya muslimah menjaga aurah seperti yang telah disyariatkan oleh Islam.

banyak pendapat mengenai berniqab ni sebenarnya. namun tak ada satu pun yang mengatakan tidak boleh seorang muslimah itu untuk mengenakannya. menurut ahlisunnahwaljamaah(ASWJ) bakal suami diharuskan melihat wajah bakal isteri serta kedua belah telapak tangannya. tetap tetap tetap, TIDAK SALAH untuk BERNIQAB.

ok, muqaddimah je tu. warm up! dah rasa panas? alrightt, jom kita terjunnn apa sebenarnya yang saya nak ceritakan dalam entry ni. SPLASSSHHH! *sound effect kolam* ceh :'D

setiap manusia ada kisah silam, ada kenangan pahit, ada kenangan masam. ada pula kenangan yang perit dan serik dah nak biarkan ia berlaku lagi. bahasa lain, trauma dengan pengalaman lepas. tetapi bagi pendapat saya sejujurnya,


"Bad things happen in our life, are for some kind of good reasons, however good things happen act as a reminder that happiness won't last long, coz dunya is full of trials and tribulations that we can't escape from facing it, but to face it with full of iman and taqwa in our soul."

sebenarnya, saya mula belajar semua ni. mula muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, selepas Allah mengejutkan saya dari lena dunya yang berpanjangan (leka). jika direnung kembali, kita fikir lama betul tempoh kita lalai, tapi

tup tup! tau tau dah terhantuk dah. siapa sangka? Allah tu Maha Mengetahui. dah terhantuk baru nak tergadah. tak guna dah kan? tapi Allah jadikan peristiwa pedih itu sebagai panduan untuk kita lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam mencorak masa depan kita. so, jangan mengeluh. tapi ucaplah ALHAMDULILLAH. zahirkan rasa syukur kita pada Yang Maha Esa kerana tidak melenakan kita terus, sehingga tidak mampu melihat cahaya jalanNya kembali.

Alhamdulillah semenjak hari itu. Allah buka mata saya seluas-luasnya. namun secara perlahan-lahan. agar saya dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara.

perasaan apabila "berbidang2" subhanAllah, peace. nyaman. damai. apatah lagi kalau berniqab? hmm. kenapa saya memasang niat untuk berniqab? jom, saya nak cerita sikit.

saya bukanlah gadis berkulit cerah bak hana tajima, tidak pula mempunyai blusher semuala jadi di pipi apabila bersukan. tidak memiliki hidung yang mancung, malah tiada langsung pipit yang teringin hinggap dipipi yang tidak semulus kulit bayi. saya insan biasa, hambaNya yang serbaserbi kekurangan. namun, tak dapat dinafikan, wanita tidak dapat lari daripada pandangan mata lelaki yang sukar untuk ditafsirkan.

saya bermula memakai hijab yang menutup aurat, menutup bahagian-bahagian yang WAJIB ditutup. namun belum lagi bertudung labuh. juga belum lagi berstokin. perlahan-perlahan Allah cuci mata saya dengan ceramah-ceramah di televisyen. kata-kata hikmah dari internet dan buku-buku islamic,

juga, Allah pertemukan saya dengan hamba-hambaNya yang baik hati, yang mampu menarik saya untuk lebih mendekatiNya. meskipun saya tidak meluahkannya dengan kata-kata, namun penampilan dan pergaulan mereka mampu menarik saya untuk sujud kepadaNya.

kini, meskipun sudah "berbidang2" (diharapkan istiqamah ya Allah) sudah berstokin, masih ada mata-mata kaum adam yang memerhati. tapi, kita percaya Allah akan lindungi hambaNya yang melindungi dan menjaga aurat mereka keranaNya.

semakin kuat rasa hati, niat ini ingin berniqab. semakin Allah temukan saya dengan jelitawan-jelitawan berharga itu. setiap kali ternampak...........................subhanAllah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.

rasa nak menagis sebenarnya bila melihat wanita berniqab. to me, they are too special. and sangat cantik! ya Allah, perasaan ni memang takkan mampu diluahkan melalui kat-kata. sungguh, benarr. tidak mampu. :')

jika benar kita wanita islam. kenapa tidak kita buktikan? jika benar kita wanita islam. kenapa kita tidak laksanakan perintahNya? jika benar kita wanita islam. kenapa tidak kita mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian kita..............................?

doa saya semoga harapan ini menjadi kenyataan one day in the future. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk saya ye :)




thanks for reading this long entry. hehe. ma'assalamah.

No comments: