Assalamualaikum.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia saya masih bernafas. Dan sihat bersama keluarga tercinta.
Bersyukur kepadaNya jua kerana saya dilahirkan sebagai hambaNya. Umat Rasulullah s.a.w.
Bersyukur kerana tidak perlu mencari siapa saya? Dari mana saya dtg? Siapa yang mencipta saya? Bagaimanakah saya dicipta?
Dan saya tidak perlu bertanya. Siapakah tuhan saya?
Syukur kepadaNya saya masih terus melangkah di atas bumiNya. Dan akan terus mengorak langkah untuk menggapai redhaNya.
Sujud kepadaNya saya diberi nama yg indah. Mempunyai keluarga yg mungkin tidak sempurna di mata manusia lain. Tapi, cukup sempurna di mta saya.
Bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang kepada saya mencari jalan untuk meragut cintaNya. Maaf. Memiliki cintaNya. Dan menarik perhatianNya untuk saya hambaNya yg lemah tidak berdaya.
Ya Allah.
Terima kasih atas nikmatMu ini yang tidak mungkin dapatku ganti. Namun akanku syukuri dan berkongsi.
Andai aku masih layak untuk terus bpijak di bumiMu ini.
Izinkan aku untuk terus melalui jalan yang Engkau hadiahkan kpd mereka yg Engkau kehendaki.
Ya Allah.
Jangan Engkau pesongkan hati ku ini.
Ya Rabb,
Aku tidak layak untuk syurgaMu.
Namun, tidak pula aku sanggup mnanggung seksa nerakaMu.
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepadaku.
Ampunkanlah dosaku.
Sesungguhnya Engkau tuhan ku Yang Maha Pengampun dosa-dosa besar.
Amin
"sahaja aku sujud syukur lillahitaala"
No comments:
Post a Comment