split second ♥

Cinta Agong

Assalamualaikum,

Ana seorang anak yang sangat comel, mudah disayangi, mudah didekati. istimewanya Ana ini sebab dia banyak bertanya. banyak bercakap. iye, mungkin tidak begitu istimewa, namun tetap merupakan permata yang berharga bagi kedua ibubapanya. in other words, the meaning is stll the same.

5tahun....................

Selepas mengaji bersama umi.

Ana : umi, betul ke Allah tu wujud? kalau betul Dia wujud kenapa Dia tak datang jenguk Ana masa Ana sakit, masa Ana susah masa Ana sedih?

Umi : Ana sayang, pernah terfikir tak mana datangnya umi? kenapa umi yang jadi mak Ana sedangkan ramai lagi ibu-ibu kat luar sana yang lebih baik dari umi? pernah terfikir sayang?

Ana : tapi, umi kata Allah tu Maha Penyayang. jadi kalau Dia sayang Ana mesti Dia sentiasa ada buat Ana. Dia mesti datang jenguk Ana masa Ana susah.

Umi : Ana tak sayang umi ke? kalau Ana sayang umi, itulah tandanya Allah sayang Ana, sebab Ana memiliki orang yang Ana sayang dan orang yang menyayangi Ana. lagi satu, umi kan selalu ada masa Ana sedih, sakit. itu tandanya Allah sayang Ana sebab jadikan umi sebagai peneman Ana. kalau Allah tak sayang Ana, Dia takkan wakilkan sesiapa pun untuk menjaga Ana, menyayangi Ana. Ana faham sekarang?

Ana : sayang umi! *sambil mencium pipi uminya berkali-kali*


10tahun.................

Basuh kereta

Ana : ayah, Allah tu wujud, Dia Maha Penyayang. Ana percaya tu. tapi kenapa masih ada orang yang susah? masih ada orang yang sakit? masih ada orang yang jahat?

Ayah : Ana kata Ana tahu yang Allah tu Maha Penyayang kan? jadi Ana pun kena tahu Allah sayang hambaNya menerusi pelbagai aspek. dan semakin kita diuji, semakin Dia menyayangi kita jika kita harungi ujian itu dengan sabar dan percaya pada Dia sepenuhnya.

Ana : tapi ayah, kawan Ana selalu cakap Allah tak adil sebab mak dia sakit tak sembuh-sembuh. mak dia koma ayah. dah 10tahun semenjak dia lahir.

Ayah : sebab Allah sayang keluarga Dia, Allah uji keluarga dia, termasuk kawan Ana tu sekali. Allah nak bagi hadiah mesti kena ada pertandingan kan? pertandingan Allah tu, ujian yang Dia turunkan pada hambaNya lah Ana.

Ana : baik ayah, Ana faham sekarang. nanti Ana bagitahu kawan Ana tu. mesti dia suka kalau dia dapat tahu yang Allah pilih dia untuk pertandingan ni. sayang ayah! *sambil memancutkan air hos kearah ayah dan akhirnya mereka ketawa bersama*


15tahun..............

Keputusan PMR.

Ana : umi, ayah. maafkan Ana tak dapat berikan keputusan yang umi ayah harapkan dari Ana. *sambil menangis*

Umi : ingat tak umi cakap dulu yang Allah ciptakan umi untuk menjadi peneman Ana waktu susah senang Ana?

Ana : ingat umi.

Umi : sekaranglah masanya sayang :)

Ayah : ingat tak dulu ayah pun pernah cakap dengan Ana. yang Allah jadikan ujian itu sebagai pertandingan untuk ganjaran yang bakal Dia kurniakan buat hambaNya yang bersabar?

Ana : tssskkk. anaaaa, anaaa ingat ayah. *tangisan semakin menjadi*

Ayah : jadi, ada la tu Allah nak hadiahkan Ana sesuatu yang lebih bernilai daripada ni. lagipun, Ana dah usaha, Allah itu Maha Bijaksana, Maha Kaya dalam semuanya. sebab Bumi ni, seisi alam ini, milikNya.

Ana : terima kasih umi terima kasih ayah. Ana sayang umi ayah sangat-sangat! *sambil memeluk kedua-duanya*


17tahun..................

Ana mula tersesat, Ana mula menjauh dari Allah. kerana segala doanya tidak diperkenankan oleh Allah. dia menjadi tidak percaya, dan mula memberontak. umi dan ayahnya hanya mampu berdoa selepas segala usaha mereka bagaikan mencurah air ke daun keladi. kini, mereka pula diuji.

satu hari Ana diculik. dia berasa sangat takut. dan dia mula menyesali segala keterlanjurannya terhadap Allah. dia telah mengecewakan kedua umi ayahnya dengan perangainya yang macam iblis laknatullah. ye itulah ibaratnya.

Namun, kerana Allah itu Maha Penyayang.

Ana berdoa dalam hati dengan bersungguh-sungguh dan yakin denganNya.

"ya Allah, ampuni aku. selamatkan aku. berikan kesempatan kepadaku untuk bertaubat. dan meminta maaf kepada umi dan ayah. mencium tangan mereka. menggembirakna mereka. ya Allah, ampuni aku."

Dengan kuasa Allah sejurus Ana selesai berdoa. polis mengepung van penculik itu. sehinggakan mereka tidak mampu lari. dan akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan.

Ana : umi! ayah! *berlari ke arah mereka lantas memeluk erat tubuh mereka*

Umi : terima kasih ya Allah.

seusai solat Maghrib berjemaah.

Ana : ayah, umi. Ana minta maaf. sebab Ana.................... *tidak mampu meneruskan bicara*

Ayah : inilah hadiah yang Allah bagi dekat umi dengan ayah. Ana kembali seperti dulu, yang percaya pada Allah sepenuhnya.

Ana : Ana rasa berdosa. masa tu. Ana berdoa. Allah tooo.....long Ana walaupun Ana jahat dengan Dia.

Umi : tapi Allah tetap Maha Penyayang sebab Dia gerakkan hati umi untuk ambil Ana awal hari ni. tapi tengok-tengok sekolah dah kosong. sekolah bagi balik awal. tapi Ana pegi mana? Allah terus gerakkan tangan umi, dail nombor polis. nasib Allah ada, van tu tak jauh lagi.

Ana : umi, ayah.......... betul Allah tu Maha Penyayang sebab Dia tak kira teruk mana pun hambaNya tu terhadap diriNya. betul Allah itu Maha Kaya, Maha Bijaksana. selepas semua kejadian ini. Ana semakin percaya dengan kekuasaan Allah dan perancanganNya yang Maha Teliti. Allah.




umiii, ayah... Ana sayang sangat dekat umi ayah! sayang sangat!


setelah sekian lama ayat itu tidak didengari. tidak diucakan oleh Ana. akhirnya. mereka sujud kepada Allah yang Satu. tanda mereka bersyukur atas segala yang Dia aturkan. itulah yang terbaik.



kita hanya mampu merancang dan berusaha. berdoa dan bertawakkal. namun, sebaik-baik perancang hanyalah Dia Allah yang Maha Kuasa. dan hanya Dia yang berhak menentukan kerana Dia Maha Menegetahui lagi Maha Bijaksana.


Allah yang satu. Allah yang aku cinta. terima kasih Allah T_T



No comments: